Suami Sahkan Belum Cerai Maya | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Suami Sahkan Belum Cerai Maya


KUALA LUMPUR: Ketika peminat dunia hiburan tertanya-tanya apakah kesudahan hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai.



Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini petang semalam tanpa menjelaskan tujuan mereka berbuat demikian.

Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

Cuma suaminya mengesahkan dia dan Maya masih lagi suami isteri.

“No divorce (tidak bercerai),” kata Muhammad Ali kepada wartawan selepas mengadakan prosiding di kamar hakim selama kira-kira dua jam.

Dia juga turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

Maya pula berkata dia mahu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

“Tiada keputusan. Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

MStar Online difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.