Assalamualaikum Cik Janna Syariza,
Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf.Terlupa pula saya bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat selalu.
Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup.
Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.
Saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat.
Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi)
Cik Janna,
Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki mahupun sebatang timun?Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit tulang belakang,mestilah saya menang kan?Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna.
Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan pilihan hidup Cik.
Nama : Man
Umur : 27 tahun
Alamat : Kuala Lumpur
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Teh Ais
Hobi : Mengumpul setem dan menulis
Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari
Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC.
Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan berputih mata.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Ikhlas,
Mantot
HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hahahhaha LOL biar betol..
ReplyDeletesalam ziarah.. =D
ReplyDeletehangat blog inih.hihihi
terima kasih
ReplyDelete