KUALA LUMPUR: Gara-gara menghadapi masalah sukar tidur sejak bebeberapa bulan lalu, seorang gadis maut selepas mengambil pil tidur berlebihan.
Difahamkan, doktor klinik swasta yang merawat mangsa berusia 25 tahun terbabit menasihatkan mangsa hanya mengambil satu biji pil tidur sehari, namun mangsa memakan lapan biji pil, sekali gus menyebabkan berlaku keracunan dalam tubuhnya. Sumber polis berkata, dalam kejadian kelmarin, mangsa yang tinggal di Batu 9, Cheras di sini mengalami masalah untuk tidur yang kritikal menyebabkan dia memakan sebiji pil tidur seperti diarahkan doktor. “Namun, mangsa mendakwa gagal melelapkan mata sebelum memakan lapan biji pil tidur sekali gus.
Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. “Kejadian itu hanya disedari keluarganya sebelum mangsa segera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.
Malangnya mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang wanita warga Thailand menjadi punca kebakaran sebuah kuil di Sungai Besi selepas gagal bertemu kekasihnya walaupun sudah hampir seminggu berusaha mengesan lelaki berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, wanita berusia 30-an berkenaan datang ke kuil terbabit untuk mengadu nasib sebelum meminum minum keras sehingga mabuk. Sumber polis berkata, wanita terbabit yang dalam keadaan mabuk secara tidak sengaja terlanggar lampu pelita dalam kuil hingga mencetuskan kebakaran. Berikutan itu, pihak pengurusan kuil yang menyangka ia perbuatan khianat dan cubaan membakar rumah agama itu membuat laporan polis sebelum suspek diberkas. “Hasil siasatan, wanita terbabit mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki tempatan sebelum mengandung sebelum ini.
HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
Kira-kira tiga bulan lalu, wanita terbabit pulang ke kampung halamannya di Thailand untuk melahirkan anak. “Namun, wanita terbabit yang mengharapkan kunjungan kekasihnya itu hampa apabila mendapati lelaki terbabit tidak muncul seperti dijanjikan.
Berikutan itu, mangsa datang ke ibu kota untuk mencari kekasihnya itu sejak seminggu lalu,” katanya. Menurutnya, mangsa bagaimanapun hampa apabila lelaki berusia 45 tahun seolah-olah enggan bertemu dengannya menyebabkan mangsa yang hilang arah tuju pergi ke kuil terbabit untuk mencari ketenangan. “Bagaimanapun, mangsa yang dalam keadaan mabuk dan menangis secara tidak sengaja mencetuskan kebakaran itu sebelum ditahan reman lapan hari.
Namun, mangsa dibebaskan daripada tuduhan selepas pengurusan kuil menarik semula laporan dibuat sebelum ini,” katanya.
tido x lena sungguh..
ReplyDeletesampai xberjaga....
isk isk isk..
huhuh.. skali tido betul2 smpi tak bangun2
ReplyDelete