Rizu peserta lelaki pertama OIAM tersingkir | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Rizu peserta lelaki pertama OIAM tersingkir



Rizu, 19, menjadi peserta lelaki pertama tersingkir dalam program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM) pada minggu ke-7, semalam.

Minggu lepas, dia mendendangkan lagu Naluri Lelaki yang dipopularkan Samson tetapi undian para penonton nampaknya tidak memihak kepadanya.

Menurut Rizu, dia akur dengan keputusan itu dan berhasrat mengeluarkan album yang telah tertangguh selama enam tahun dalam tempoh terdekat.

"Saya menerima keputusan ini. Malah, saya dah set dalam minda jika keluar daripada pertandingan ini, maka saya terima kehendak para penonton.

"Apa yang saya harapkan kawan-kawan saya akan meneruskan perjuangan dalam OIAM ini," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya program realiti itu.

Dengan penyingkiran Rizu, maka tinggal enam peserta yang meneruskan persembahan pada minggu ini.

Empat peserta lelaki tersebut ialah Tomok yang membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna (Umbrella - Rihanna), Nine (Cinta Gila - Grey Sky Morning), Aweera (Di Penjara Janji - Awie) dan Simon (Livin' On A Prayer - Bon Jovi).

Manakala peserta perempuan yang kekal bersaing dalam program realiti itu ialah Amylea dan Esther.

Amylea menyanyikan lagu Somewhere Only We Know yang dipopularkan Keane sementara Esther membawakan lagu Sweet About Me nyanyian artis Gabriela Cilmi.

Apa yang lebih `mengejutkan', juri Syafinaz Selamat dan Paul Moss mengumumkan imuniti bagi para peserta secara automatik dimansuhkan bagi minggu ini, iaitu minggu ke-7, dan seterusnya.

Ini bermakna bermula minggu ini, nasib semua peserta akan ditentukan 100 peratus menerusi undian para penonton.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.