The Fabulous Cats terbit Telemovie “Ratu Novella” | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

The Fabulous Cats terbit Telemovie “Ratu Novella”




Sinopsis: RATU NOVELLA

Iman(Cat Farish)seorang producer album yang dlm tekanan kerana kes penceraiannya atas kerana kecurangan isterinya bersama artist rakamannya.Iman yang sebolehnya hendak mempertahankan rumahtangga yang telah terbina 8 tahun gagal kerana isterinya meminta untuk dilepaskan kerana Kamal dan menyalahkan Iman kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Pertemuan Iman dengan gadis yang dikenalinya dilokasi pengabaran muzik video artist barunya menyedarkan dirinya bahawa masih ada peluang untuk dia bahagia.Telatah yang mengingatkannya pada kenangan percintaannya bersama isterinya membuat Iman rasa selesa dengan gadis itu.Namanya Rozell(Hana Son)seorang jurual minyak wangi sambilan dan seorang model.Dia jadi model utama muzik video artist Iman.Rozell yang berkelakuan sopan dan lembut didepan Iman sebenarnya agak kasar,comot,kuat berangan dan suka mempermainkan lelaki.Ada sugardaddy dan banyak abang angkat sehingga satu hari dia terperangkap dan diselamatkan oleh Juka.

Juka(Adeep)seorang photographer freelance yang juga telah kekasih Rozell.Juka teman kepada Iman telah menyembunyi statusnya yang telah bertunang dengan gadis dari Bandung,Dinda(Wangi).Pertungan ini dilangsungkan ketika dia masih remaja atas kerana merapatkan keluarga Juka dan Dinda.Rozell sebenarnya tidak begitu selesa dengan Juka kerana menganggap Juka seperti kawan baiknya tetapi tidak buat Juka.

Apabila Dinda tiba tiba muncul di depan appartment Juka ,keadaan menjadi kelam kabut.Juka tidak dapat menyembunyikan rahsianya pada Rozell dan meminta tolong Rozell menumpangkan Dinda dirumahnya.Dinda yang makin rapat dengan Rozell telah meragukan Juka.Dinda meluahkan perasaannya terhadap seorang lelaki(Dimas)yang lain dan pemilihan keluarganya bukan pilihan hatinya.Dinda mengajak Rozell menemaninya untuk bertemu Dimas yang menuntut di Kulala Lumpur.Dimas yang agak kurang senang bertemu Dinda tidak disenangi Rozell.Kejutan besar Dinda apabila terlihat Dimas bersama gadis lain dan Rozell menyerang Dimas dengan selambanya.

Iman yang jelas menyukai Rozell,dia masih menyembunyikan diri dan perasaannya.Begitu juga Rozell tetapi Rozell tetap memberi ruang untuk Iman menyedarinya.Kerana Iman yang terlalu ego dan pentingkan kerjanya Rozell mula jauh dan jauh.

Dalam keraguan Juka terhadap keakraban Rozell dan Dinda,terlihat minatnya terhadap Dinda yang selalu diperhatikannya.Dengan perlahan perasaan terhadap Rozell hilang dan mula sedar akan kehadiran Dinda.Dinda pelik dengan kelakuan Juka dan mengadu pada Rozell.Rozell yang masih ada perasaan malu terhadap Juka yang pernah suka padanya cuba bertanya tetapi gagal.

Dalam tolong selesaikan masalah sekelilingnya dan walau dia tersenyum,kerinduannya disisi Iman terlalu dalam sehingga mengubah jalan hidupnya.Rozell yang berhati hitam kini jernih.Kerjayanya sebagai model berjalan dengan lancar.Tetapi Iman masih didalam takut yang sama dan masih tidak menyedari kehilangan Rozell.

Juka yang tidak temteram duduk masih mencari jalan untuk mengayat Dinda dan menyusun kata kata dan madah cinta untuk melamar Dinda.Bezanya kali ini bukan kerana keluarga tetapi tulus ikhlas terus dari hatinya tetapi Dinda terlebih dahulu menyatakan sesuatu yang mengejutkan beliau.

Rozell terasa penantiannya amat menyiksakan.Hanya suara mengubat rindunya.Sedar tak sedar dirinya dimakan usia.Rozell menerima lamaran seorang V.I.P kenalan kerjanya tanpa ada alasan atau jiwa.Iman mengetahuinya dari Juka dan dinda yang tahu akan isi hati Rozell.Iman berdiam diri termenung jauh.

Apakah luahan hati Dinda terhadap Juka.Apakah jadinya cinta Iman terhadap Rozell.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.