Cara Buat Pinjaman Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 | Dipetik dari BH online & Utusan Malaysia, Berita baik untuk peniaga kerana baru sahaja tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 di Bangunan Perdana Putra.
TUJUAN PINJAMAN SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i BAZAR RAMADAN 2014
Skim pinjaman ini disediakan khusus untuk penjaja dan peniaga kecil yang berniaga juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.
Skim pinjaman ini disediakan khusus untuk penjaja dan peniaga kecil yang berniaga juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.
Skim ini adalah platform yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada penjaja dan peniaga kecil bagi menambah sumber pendapatan pada bulan Ramadan.
Najib berkata, skim yang dinamakan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan adalah pinjaman tanpa faedah yang disediakan khusus untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga juadah berbuka pada bulan Ramadan.
CARA BUAT PINJAMAN
"Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat dan boleh mendapat kelulusan sehingga RM3,000.
"Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal,"
Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment