Jantung pisang keluar dari batang | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Jantung pisang keluar dari batang



Mohd Isa menunjukkan pokok pisang aneh ditemui di rumahnya.


ALOR PONGSU - Seorang pengamal perubatan tradisional terkejut mendapati sebatang pokok pisang yang ditanam berhampiran rumahnya di Parit Mentara, di sini mengeluarkan jantung dan buah dari batangnya.



Mohd Isa Mohd Hanafiah, 39, berkata, kejadian itu disedari bapa mertuanya yang ketika itu menangkap ikan di sebuah telaga berhampiran pokok pisang berkenaan.

Menurutnya, bapa mentuanya segera memaklumkan kejadian aneh itu kepadanya, namun tidak diendahkan kerana menganggap ia sekadar gurauan.

“Setelah cuba diyakinkan oleh bapa mentua, barulah saya pergi melihat pokok itu dan mendapati bahagian jantung pisang keluar dari batang pokok,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Parit Mentara, di sini.

Mohd Isa berkata, pihaknya menganggap kejadian unik itu merupakan contoh kebesaran ALLAH dan fenomena ini pertama kali disaksikannya.

“Sejak perkara ini diketahui umum, ramai penduduk datang untuk melihat sendiri pokok pisang itu malah ada yang sanggup menawarkan sejumlah harga untuk membeli tandan buah pisang tersebut sekiranya masak,” katanya.

Mohd Isa berkata, dia tidak akan menjual buah pisang itu kerana dikhuatiri digunakan bagi tujuan khurafat.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.