KOSTUM daging yang diperkenalkan oleh penyanyi Lady Gaga (gambar) dijual pada harga RM310,999.
Restoran Old Homestead Steakhouse di New York memberikan penawaran menarik untuk menyambut Haloween. Mereka menyediakan kostum ala Lady Gaga yang dibuat dari daging asli.
Menurut femalefirst, kostum berbentuk gaun tersebut dibuat dari potongan daging yang biasa disajikan untuk stik.
Lady Gaga pernah mengegarkan industri hiburan apabila memakai gaun yang dibuat dari daging mentah saat menghadiri Anugerah Muzik Video MTV pada September lalu. Penampilannya itu dipercayai untuk membela kaum gay dan lesbian.
Sebelum ini, penyanyi berusia 24 tahun itu pernah memakai kostum seperti itu ketika menjadi wajah muka hadapan majalah Vogue Jepun edisi September 2010. Ketika itu, daging mentah yang membalut tubuhnya dibuat seperti bikini.
Aksi Gaga itu telah mengundang protes dari organisasi People for the Ethical Treatment of Animals (PETA). PETA menganggap pelantun Alejandro itu kejam kerana menggunakan daging haiwan untuk membuat pakaian.
No comments:
Post a Comment