Irma Hasmie buka buku baru, jadi single! | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Irma Hasmie buka buku baru, jadi single!

Janji yang diikat di antara dua hati tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan. Hakikat itu terpaksa di terima oleh pelakon Irma Hasmie dan Nabil Ahmad apabila cinta yang disulam itu terputus di tengah jalan. Menerima dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan kedua-dua mereka menganggap perpisahan yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis dan perlu dilaluinya dengan tenang.


“Saya mahu hidup tenang, tidak mahu bercakap soal dia dan apa yang sudah terjadi di antara kami. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku saya anggap sebagai lumrah kehidupan. Saya dah tutup buku lama dan mulakan yang baru. Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan di saat-saat ini. Jika sudah termaktub olehNya, saya terima dan reda dengan dugaan ini,” katanya kepada mStar.

hanz

hanz

1 comment:

Related

Powered by Blogger.