Info | TV AlHijrah Mula Bersiaran | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Info | TV AlHijrah Mula Bersiaran


Stesen televisyen baru bercorak Islam, buat permulaan TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. TV ini bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini.
Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai  ini terletak pada pilihan  topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre  program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif. Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.
Latar Belakang TV Alhijrah
TV Alhijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.
Tujuan Penubuhan TV Alhijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Info:
Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.
Maklumat lanjut: layari http://www.tvalhijrah.com

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.