Gambar pertunangan Mizz Nina, Noh Hujan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Gambar pertunangan Mizz Nina, Noh Hujan

Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka telah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November lalu. Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman keluarga di Ampang dan turut dihadiri keluarga Noh yang terbang dari Miri, Sarawak. Hanya lebih kurang 50 tetamu jemputan terdekat hadir menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Semuanya dilakukan atas permintaan keluarga Mizz Nina. Wang hantaran yang bakal diterima pihak perempuan iaitu sebanyak RM11,000 berserta mas kahwin berjumlah RM888.88 dan wang pembuka mulut bernilai RM500.00.


Manakala pihak Mizz Nina menyerahkan enam dulang hantaran berisi senaskhah Al-Quran, sepasang Baju Melayu, butang Baju Melayu, kain samping dan dibalas lima dulang hantaran berisi tepak sirih, kek lapis Sarawak, telekung dan sebentuk cincin. -Gambar Gua & mStar
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.