Menghitung hari dan kurang sebulan lagi, penyampai radio Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, akan disatukan dengan arjuna hatinya, Nik Mahathir Zainuddin (pereka grafik untuk Al Jazeera yang beroperasi di KLCC), 33 pada 12 Jun depan. Malah ketika ini persiapan saat akhir masih rancak dilakukan. Kalau mahu disingkap terlalu banyak ujian yang harus ditempuhi menjelang hari bahagianya itu. Malah ketika sesi fotografi baju pengantin buat julung kalinya, air mata Anne mula bergenang kala rancak berbicara mengenai persiapan perkahwinannya menjelang 12 Jun ini.
HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
Zasssssssss...............Bayangkan di saat wanita sepertinya sibuk membuat persiapan dibantu ibu tercinta, Anne pula harus menelan hakikat bahawa ibunya, Raja Norhizam Raja Adnan tidak berada di sisi kerana terlebih dulu kembali ke rahmatullah sejak empat tahun lalu akibat penyakit jantung. Hampir semua persiapan perkahwinan dilakukannya sendiri. Akuinya kala bersendirian, dia pernah menangis mengenangkan apa yang harus dilaluinya. Sesekali terbit juga rasa lemah semangat apabila segala kepenatan melunaskan persiapan perlu digalasnya sendiri. -Bharian
No comments:
Post a Comment