'Kemaluan' Dan Kemanisan Malam Pertama | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

'Kemaluan' Dan Kemanisan Malam Pertama



Jangan terkezut dengan judul 'kemaluan' tu, bacalah dulu kisah ni..



Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"

Lantas Si Mamat Jawab "Eh.. ia ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."


MORAL: Sembahyanglah kamu sebelum dapat bapa mertua.. Nanti 'kemaluan'....

HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

6 comments:

  1. huhu,boleh la subuh 4 rakaat...asal solat..kan2??

    ReplyDelete
  2. wah..bahaye bahaye tu...elakkan...

    ReplyDelete
  3. hahahaha... adeh2.. rasanya dah cukup 4 tadi..

    hadoi2.. mamat.. mamat..

    kena bagitau jugak ni.. solat subuh 2 rakaat yer.. hihi :P

    ReplyDelete
  4. Elok bersedia sebelum kantoi bagi yang dah dekat nak berwalimatulurus tu :)

    ReplyDelete
  5. DIa ambil yg asal.. hahahha.. takper la, asalkan jangan dia kata nak tambah pahala lebih..


    PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & PERSONAL LIFE

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.