WTF 1 dibida pada harga RM86,680.00!
Tahukah anda, nombor siri pendaftaran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WTF 1 telah dibida pada harga RM86,680.00!
Berdasarkan gambar yang diperoleh, seorang lelaki Melayu Abdul Malik Mohd Hussin telah membida nombor plat WTF 1 ini dengan harga tersebut untuk digunakan pada sebuah Nissan Skyline GTR-nya.
P/S: Adakah anda tahu bahawa negeri Perak mendapat prefix A kerana dipercayai residen pertama British yang menggunakan kenderaan bermotor diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnnya. Negeri lain seperti Pulau Pinang menggunakan awalan P kerana menggunakan awalan ejaan negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment