(GAMBAR) Terkini Anak Eja | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(GAMBAR) Terkini Anak Eja


Inilah gambar terbaru Eja dan anak sulungnya, Nur Eishal hasil perkahwinan Eja dengan Mohd Silahuddin sejak 10 tahun yang lalu.

Eja mendapat hidayah tuk menimang anak setelah Eja ke Mekah untuk penggambaran ‘Tasbih Cinta’, arahan Erma Fatima, pada Oktober tahun lepas. Mengambil kesempatan menjalani umrahnya buat kali kedua, namun menurut Eja, kali ini perasaannya sangat berlainan.



“Eja terasa sunyi, kosong dan sebak sangat,” kongsinya sambil menahan air mata. “Eja berdoa agar kekosongan di dalam jiwa Eja dipenuhi. Eja mohon Allah memberi petunjuk.”

Dedahnya, kekosongan itu sudah lama dirasai tetapi kerana selalu sibuk dengan kerja, ia datang dan pergi. Sehinggalah kunjungan Eja ke Mekah tahun lepas.

“Sukar untuk Eja gambarkan perasaan itu tapi setiap hari Eja rasa sedih, sunyi, taknak makan … Yang dapat Eja katakan, kehidupan berdua-duaan dengan suami pada awalnya memanglah seronok. Terasa seperti kita berbulan madu selamanya. Tetapi lama-kelamaan, bila ia dah menjadi kebiasaan, kita akan rasa kekosongan.”



Sekembalinya ke tanahair, dia memberitahu suami kesediaannya untuk menjadi seorang ibu. Gembira dengan keputusan Eja, suaminya mencadangkan mereka pergi bercuti bersama. Tempoh percutian selama tiga minggu di Amerika Syarikat membuahkan hasil apabila Eja disahkan hamil tidak lama selepas itu.

“Bila doktor maklumkan Eja dah mengandung, jantung Eja terasa nak terjatuh. Suami di sebelah ‘excited’ lebih. Bila terdengar berita itu, dia terlompat dan memeluk Eja,” katanya yang selepas itu, mengotakan janjinya sebelum ini untuk memotong rambutnya bila dah mengandung.



HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.