Nama Anak Erra Fazira, Engku Aleesya | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Nama Anak Erra Fazira, Engku Aleesya



PETALING JAYA-Aktres jelita Erra Fazira dan Ketua Pegawai Operasi
Suria fm Engku Emran Engku Zainal Abidin menyambutkelahiran Engku
Aleesya pada pukul 11.40 pagi tadi.

Sama seperti maksud nama Aleesya iaitu 'yang dilindungi', bayi
itu masih disorok daripada tatapan ramaiWalaupun berkali-kali
dipujuk, Emran tetap berkeras tidak membenarkan pihak media
merakamkan gambar anaknya pada hari ini kerana dia dan Erra telah
bersepakat untuk menunjukkan anak mereka semasa majlis cukur jambul selepas Erra selesai berpantang nanti.

“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil,” kata Emran dalam satu sidang media di lobi Damansara Specialist Center, di sini.

Tambahnya, Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka.
Ditanya tentang perasaannya setelah bergelar bapa, Emran berkata dia berasa teruja sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

"Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata," ulas Emran yang berada hampir tujuh jam dalam bilik itu.

Tambahnya, dia bersyukur apabila Erra mudah bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.
Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di hospital tersebut.

Emran juga sempat menceritakan tentang pengalaman Erra yang menangis gembira selepas selamat melahirkan puteri sulung mereka itu. Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.