RASUKAN ABLASA
Sinopsis
Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…..
INFO FILEM
Pengarah
Prof Madya A. Razak Mohaideen
PenulisProf Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Cerita Asal)
PelakonFouziah Ghous : (Pelakon Utama)
Gambit Saifullah : (Pelakon Utama)
Almy Nadia : (Pelakon Utama)
Mohd Hafiz : (Pelakon Pembantu)
Fairul : (Pelakon Pembantu)
Yusry KRU : (Artis Jemputan)
Datuk Jalaluddin Hasan : (Artis Jemputan)
Eric Fuzi : (Artis Jemputan)
KrewFaizul A. Rashid : (Penyunting)
Azhari Mohd Zain : (Penyunting)
Irwan Mazwan : (Pengarah Seni)
Iqbal Mydin : (Pengurus Produksi)
Adzrey : (Muzik)
PenerbitLatiff Mohaideen : (Penerbit)
Puad Onah : (Penerbit Eksekutif)
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Misteri, Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 26 Februari 2009
No comments:
Post a Comment