Untuk membantu anda, kami sediakan 10 fakta yang anda perlu tahu tentang temasya ini:
- Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007.
- 12 bandar-bandar tuan rumah adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.
- Brazil sepatutnya melengkapkan 12 stadium tuan rumah pada 31 Disember, 2013 tetapi separuh daripadanya tidak siap pada tarikh yang ditetapkan.
- Google Maps membenarkan peminat untuk membuat lawatan secara maya untuk kesemua 12 stadium.
- Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini dicemari dengan mogok dan protes. Pembangkang kepada temasya ini berkata lebih bagus jika perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan temasya ini diperuntukkan untuk sistem pengangkutan, sekolah dan penjagaan kesihatan.
- Twitter memperkenalkan hashflags bagi setiap negara, dan ingin membuat Piala Dunia sebagai acara dunia dengan jumlah tweet paling banyak, mengalahkan Sukan Olimpik 2012 di London.
- Perlawanan pertama, juga dikenali sebagai peringkat kumpulan, menampilkan lapan kumpulan dengan empat pasukan di dalam setiap kumpulan. Pasukan-pasukan yang hebat dan dari rantau yang sama biasanya diasingkan.
- Namun, tiga pasukan dari Kumpulan B (Sepanyol, Belanda, Chile, dan Australia) mempunyai mempunyai peluang yang cerah untuk ke peringkat akhir.
- Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua.
- Pusingan 16 (pusingan kedua) dijadualkan bermula pada 28 Jun, suku akhir pada 4 Julai, separuh akhir pada 8 Julai dan terakhir pada 13 Julai. Pertandingan untuk tempat ketiga adalah pada 12 Julai.
No comments:
Post a Comment