Ramai wanita kini yang berperang dengan masalah selulit. Kemunculan selulit dibawah kulit akibat proses rembesan lemak yang terbentuk sukar untuk dielakkan dan boleh terjadi kepada sesiapa saja. Malah ramai yang tertekan dan cukup segan dengan pembentukan selulit seolah kulit limau terutama di bahagian paha dan perut. Oleh kerana keunikan pembentukan kulit pada kaum wanita berbanding lelaki yang kurang kebarangkalian mempunyai selulit, maka banyak juga krim dan pelbagai khidmat menghilangkan selulit dipasarkan.
Namun ramai yang kecewa kerana bukan selulit yang hilang sebaliknya duit yang terbang dan masalah kulit yang menghantui ini masih “melekap” pada tubuh. Bukan mudah untuk hapuskan selulit tetapi anda boleh cuba ubah gaya hidup yang sebenarnya antara faktor penyumbang kepada terjadinya selulit. EH! berkongsi petua mudah yang boleh anda praktikkan mulai hujung minggu ini tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak.
Minum banyak air
Kunci kepada mengurangkan selulit adalah dengan pengambilan banyak cecair untuk badan membersihkan segala toksin. Minum 2 hingga 3 liter air sehari untuk lebih berkesan. Pertingkatkan keupayaannya dengan menambah lemon dalam minuman.
Kawal pemakanan
Jika sebelum ini anda makan apa saja, sekarang cuba pula makanan dari bahan-bahan ini antaranya minyak zaitun, cili, blueberries, blackberries, apple cider vinegar, teh hijau, teh herba, dark chocolates dan salmon. Juga pastikan anda ada protein dalam setiap waktu makan, selalu makan sarapan, elak makanan yang diproses dan hindari minuman manis.
Senaman
Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan termasuk posisi bertinggung (squats), pergerakan maju ke depan (lunges), larian dan sesi meregangkan otot selepas bersenam. Matlamat utama adalah untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan kembung air (water retention).
Kuasa kopi
Ambil biji kopi dan kisar menjadi setengah cawan. Campurkan dengan 1 camca besar gula putih, 2-3 camca besar minyak zaitun, 1 camca teh glycerin, 2 camca teh vitamin E (dalam kapsul). Sapu campuran ini pada bahagian berselulit dan balut dengan plastik lekap untuk lebih efektif. Kandungan kafein dan antioksidan dalam kopi melawan radikal bebas dan melancarkan peredaran darah.
No comments:
Post a Comment