KELAB TAAT SUAMI (KTS) | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

KELAB TAAT SUAMI (KTS)




Salam,

Penulis tak sangka banyak juga ahli-ahli KTS kat Perak, dari gambar yang tertera dimuka hadapan metro. Nampaknya isteri-isteri KTS yang taat suami ini semuanya bertudung dan menutup aurat. Alhamdulillah... Biarlah pihak JAIPK membuat siasatan dahulu tentang kempen ini. Janganlah kita menghukum mereka kerana mungkin niat mereka ini baik tapi caranya mungkin tak kena. Mungkin perkara isu-isu KTS yang lepas banyak memberi pandangan yang negatif terhadap masyarakat.

Ada juga kebaikan KTS ini ditubuhkan kerana diluar sana, banyak isteri-isteri yang nusyuz (derhaka) terhadap suami. Nak tahu berapa ramai isteri yang nusyuz terhadap suami? tanyalah kawan-kawan yang bekerja di Pejabat Agama negeri. Kes isteri yang lari dari rumah, kes isteri ikut jantan lain selepas suami muflis, kes isteri yang curang dengan rakan sepejabat dan banyak kes-kes isteri curang itu sama banyak dengan kes suami yang curang yang penulis terima melalui email-email. Sampai ada yang belum dijawabkan lagi email-email mereka. Nanti captain selesai email tersebut.

Jika difikir balik, baguih juga KTS ditubuhkan. Penulis cadangkan kepada Ahli-ahli KTS, carilah orang yang lebih arif atau seorang ustaz atau ustazah sebagai penasihat kepada Kelab Taat Suami supaya agenda-agenda KTS mengikut lunas-lunas Islam yang ditetapkan untuk aktiviti KTS pada masa akan datang. Semuga niat yang baik itu mendapat rahmat Allah SWT.

Isteri-isteri yang taat suami, menutup aurat dan melakukan perintah Allah SWT konfirm bau syurga daripada isteri-isteri yang nusyuz terhadap suami konfirm bau neraka. 

IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam.

Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.


KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan.

“Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.