Setakat ini penulis belum lagi membuat penyelidikan yang lebih lanjut tentang kebenaran Persatuan (IFC) ini diluluskan ataupun tidak tetapi mengetahui ada ura-ura IFC Malaysia hendak ditubuhkan tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Walau apa pun agenda-agenda IFC ini sebaik-baiknyanya diketahui oleh semua umat Islam di Malaysia yang sayangkan Islam. Sebagai seorang Islam kita kena tentang habis-habisan penubuhan persatuan ini walau apa cara sekalipun walaupun terpaksa melawannya sehingga titisan darah terakhir sebelum terlambat. Tujuan IFC adalah semata-mata mahu memurtadkan orang-orang Islam di Malaysia ini dengan berbagai cara yang halus dan menentang mereka ini adalah jihad "Fisabilillah".
MENENTANG IFC ADALAH JIHAD YANG UTAMA |
Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
HABUAN BAGI MEREKA YANG MURTAD??
Bantuan RM1,000 bagi golongan yang susah, terdesak dan lemah iman memang banyak untuk perbelanjaan selama sebulan. Bantuan Baitulmal iaitu Bantuan Kewangan Bulanan berapa sangat kepada keluarga yang miskin?? Padahal berjuta-juta ringgit diterima setiap tahun. Mana pergi wang-wang zakat ini yang sepatutnya membantu golongan yang miskin!
Adakah wang zakat dilaburkan dalam pelaburan oleh orang yang diamanahkan untuk menguruskan wang zakat? Kalau setakat bantuan kewangan RM350 sebulan kepada golongan yang susah manalah cukup untuk "survive" dalam kehidupan masa kini. Jadi janganlah marahkan golongan-golongan yang susah dan terdesak ini menerima bantuan dari pihak gereja yang sebanyak RM1,000 sebulan jika Baitulmal tidak mampu membantu golongan-golongan miskin dengan lebih baik lagi. Bantuan Baitulmal ibarat "Makan tak kenyang, lapar tak mati" itulah bantuan RM350 sebulan yang dapat digunakan untuk hidup.
12 MEMORANDUM DIANTARA 15 MEMORANDUM YANG DIHANTARKAN KEPADA PERDANA MENTERI.
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
WALLAHU'ALAM.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment