AMARAN: WANITA Jangan makan kobis | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

AMARAN: WANITA Jangan makan kobis



KESAN KEPADA WANITA..

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?
Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.
Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang
dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan
secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami.
Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat
dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di
kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau
minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila
kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.


HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

4 comments:

  1. wah, dah kate sayur jahat! haha.





    http://fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ngeeeeeee tiba2 rasa fobia dengan kubis :p

    ReplyDelete
  3. aaa..baru jaa makan kobis='(...tapi kalo seimbangkan dgn makanan lain..xjadi masalah la kan?^_^

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.