Dikhuatiri Mengandungi Bahan Terlarang
Hogah@ Shisha Diharam Mulai 1 Julai ini
BUKIT KATIL, 3 Jun - Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan terhadap mana- mana premis di negeri ini yang menjalankan perniagaan menyewakan sejenis penyedut asap yang dikenali sebagai Hogah atau Shisha.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R.Perumal berkata langkah itu penting bagi mengelakkan timbul masalah sosial di kalangan golongan muda akibat tabiat menghisap Hogah.
Hogah atau Shisha amat popular di negara Arab dimana ia menjadi amalan atau hobi masyarakat Arab yang menghisapnya.
Meskipun fungsinya sama seperti rokok tetapi ia dikuatiri mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh membuatkan penghisapnya mabuk dan khayal.
"Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan peniaga atau pemilik premis tidak dibenarkan sama sekali menyewakan Hogah ini dan sekiranya mereka ingkar, tindakan undang-undang akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan atau sewa premis," katanya.
Perumal berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Exco Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna, di Bilik Mesyuarat Blok Taming Sari, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, disini,petang tadi.
Antara lokasi-lokasi yang dikenalpasti menyediakan perkhidmatan menyewa Hogah ialah Hang Tuah Mall, Mydin Lama, Melaka Sentral dan Bukit Beruang.
Perumal berkata penggunaan Hogah akan diharamkan berkuatkuasa pada 1 Julai 2009. Katanya, tiada lesen dikeluarkan untuk menjual atau menyewakan Hogah dinegeri ini.
Perumal memberitahu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu penggunaan Hogah diharamkan ekoran bimbang penggemarnya akan ketagih selain memberi kesan buruk terhadap sosial dan kesihatan.
HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
"Kita tidak menolak bahawa tabiat menghisap Hogah ini akan membawa kepada tabiat menghisap dadah seperti ganja dan kita mengarahkan semua premis akan menghentikannya," katanya.
Perumal berkata Hogah tidak seperti rokok yang dihadkan penjualannya kepada mereka yang berusia 18 tahun dan keatas.
Justeru, ia menyebabkan penjual dan penyewa sewenang-wenang membenarkan golongan muda khususnya remaja sekolah menghisapnya kerana tiada Akta atau undang-undang yang boleh menghalang seperti merokok.
ini la Malaysia...Shisha mengkhayalkan..haha.untuk peniaga yang tak reti nak check dulu dengan costumer...ntah2 diorang letak Ganja...
ReplyDeletelen kali biar narkotik check dulu kt flavour baru bleh jalan...
skang ni flavour shisha banyak dari buah2an...ape ar...haha