Faizal Tahir muntah darah
Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.
Faizal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital. “Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
Faizal Tahir yang dijadualkan beraksi pada separuh akhir Muzik-Muzik malam ini terpaksa membatalkan niat tersebut dan akan di’ganti dengan seorang artis naungan Monkey Bone.
Kami di sini mendoakan agar Faizal Tahir sembuh dari jangkitan kuman dan dapat beraksi dipentas semula.
No comments:
Post a Comment