KUALA LUMPUR: Bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Saiful Bukhari Azlan muncul bersumpah di dewan solat Masjid Wilayah di sini, jam 6.15 petang tadi.Beliau memenuhi janjinya sebelum ini untuk bersumpah mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dengan menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran di depan mimbar masjid, beliau melafazkan sumpah:
"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."
-Grab From Berita Harian Online-
No comments:
Post a Comment