Apple dijangka lancar iPhone terbaru 9 September | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Apple dijangka lancar iPhone terbaru 9 September




NEW YORK: Apple dijangka melancarkan peranti pintar iPhone baharu dengan skrin lebih besar pada 9 September ini, lapor portal berita Re/code.

Walaupun laporan mengenai iPhone baharu dengan skrin lebih besar sudah berlegar sejak beberapa minggu lalu, inilah kali pertama tarikh pelancaran dinyatakan sekali.




Apple tidak mengulas mengenai laporan itu.

Mengikut Re/code majlis pada 9 September ini akan mengumumkan generasi terkini Apple iPhone dengan skrin didatangkan dengan saiz dari 4.7 inci hingga 5.5 inci yang dipadankan dengan pemproses lebih laju.

Apple menjual 35 juta iPhone pada suku kedua tahun ini didorong pertumbuhan jualan di China, tetapi bahagian pasaran telefon pintarnya di peringkat global sudah menyusut.

Firma penyelidikan Strategy Analytics berkata peranti pintar yang menggunakan sistem operasi Android menguasai 85 peratus pasaran global pada suku kedua.

Bahagian pasaran global Apple jatuh 11.9 peratus daripada 13.4 peratus setahun lalu, mengikut dapatan kaji selidik itu.
Samsung yang menjual telefon pintar skrin besar dan pelbagai model telefon lain, menjadi pengeluar peranti pintar terbesar dunia dengan 25 peratus bahagian pasaran.

Apple biasanya mengeluarkan produk baharu dalam separuh kedua setoap tahun kerana mengunjurkan peningkatan jualan daripada musim cuti.

Tahun lalu, Apple melancarkan iPhone 5S dan model berharga rendah 5C pada September sekali gus mencatat rekod jualan pada pelancaran.

Apple sedang membangunkan sistem operasi baharu yang membolehkan pembayaran mudah alih yang turut memasukkan platform kesihatan. Sistem iOS8 dijangka diperkenalkan menerusi iPhone baharu.

Bagaimanapun beberapa penganalisis berkata Apple perlu tampil dengan inovasi terkini untuk kekal menjadi peneraju sektor teknologi.-AFP

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.