Shaq Mentor 4 Perlu Jalani Pembedahan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Shaq Mentor 4 Perlu Jalani Pembedahan



Biodata Shaq
Nama Penuh : Mohd Shabini bin Ibrahim
Nama Panggilan : Shaq
Warganegara : Malaysia
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Umur : 25
Mentor : Mas Idayu



Shaq daripada rancangan Mentor 4 iaitu protege kepada mentor Mas Idayu (Mentor yang berjaya naikkan nama Black) dinasihatkan doktor supaya berehat panjang dan perlu menjalani pembedahan akibat dari masalah kotak suara pada tekaknya.

Bagaimanapun, mereka tiada pilihan dan terpaksa teruskan jua perjuangan mereka dalam Mentor 4.


Ketika Shaq membuatkan penampilan solo menerusi lagu Teratai yang dipopularkan oleh Sweet Charity kelihatan di sudut penjuru pentas Mas Idayu mengalir air mata melihat kegigihan protegenya itu.

Sebagai mentor yang berpengalaman ketika membimbing Black muncul juara Mentor musim lalu, Mas Idayu yang lebih selesa dengan gelaran Mummy daripada protege pernah melalui masalah sama begitupun berbeza situasi kerana Black berdepan masalah suara ketika penghujung program.

Mas Idayu berkata, pemilihan Shaq sebagai protege untuk menyahut cabaran menyertai pertandingan Mentor musim ini kerana dia percaya kepada kelebihan nada suaranya yang berbeza.

"Kami mempunyai tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan untuk membuktikan kemampuan dalam bidang nyanyian. Namun sudah timbul masalah pada peringkat awal dan tentunya ia satu cabaran yang hebat.

"Untuk pulih, doktor nasihat supaya Shaq berehat panjang atau menjalani pembedahan. Kami tidak banyak pilihan. Pada masa yang sama saya kena menjaga pemakanan dan latihan yang bersesuaian.

sumber : Harian Metro






HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.