(GAMBAR) Kereta Peugoet 307 Stacy Hancur Kemalangan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(GAMBAR) Kereta Peugoet 307 Stacy Hancur Kemalangan


Kereta Peugoet 307 kesayangan Stacy hancur remuk setelah terlibat dalam kemalangan. Bagaimanapun Stacy tidak mengalami apa-apa kecederaan kerana bukan Stacy yang berada dalam kereta tersebut tetapi abang Stacy, Chelton.


Kereta Peugoet 307 tersebut sebenarnay adalah hadiah kemenangan selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6).

"Stacy sedih dan ralat juga apabila mendapat tahu kereta yang Stacy dapat semasa menjuarai Akademi Fantasia itu hancur dan tidak boleh digunakan lagi kerana kereta itu Stacy baru sahaja dapat setahun yang lalu.

"Tapi, Stacy amat bersyukur sekali kerana Chelton telah selamat dalam kemalangan itu walaupun dia mengalami kecederaan yang agak teruk sehingga kaki sebelahnya patah ", kata Stacy.

Jelas Stacy lagi, Chelton yang sentiasa menemaninya ke mana-mana serta bertindak merangkap pembantu peribadinya itu tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandunya sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan.

Menceritakan saat-saat cemas sewaktu dia diberitahu bahawa abangnya itu terbabit dalam insiden yang tidak diduga, Stacy berkata, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu sewaktu dia pulang bercuti ke Sabah.

"Sebaik saja diberitahu bahawa Chelton ditimpa kemalangan di Bandar Kinrara pada Ahad pagi itu, Stacy terkejut sangat-sangat.Lebih mengejutkan lagi bila beberapa ahli keluarga Stacy datang ke tempat kejadian, mereka dapati dapati tayar dan bateri kereta sudah pun dikebas orang," katanya,

sumber : murai.com.my

Read more: http://jomss.blogspot.com/#ixzz0nu3RoQrl



HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.