Kekasih siswi kaki jenayah | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Kekasih siswi kaki jenayah

(gambar hiasan)

SEREMBAN: Kerana terlalu mabuk cinta, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari sebuah tanah rancangan di Jempol, tidak menyedari lelaki yang menjadi kekasih hatinya itu mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk pernah terbabit dalam kegiatan pecah rumah.
Pelajar berusia 19 tahun itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan lelaki berusia 20 tahun berkenaan sejak awal tahun ini, namun tidak mengetahui secara menyeluruh latar belakang lelaki berkenaan walaupun kelakuan dan sikapnya dikatakan baik.


Bagaimanapun, tembelang lelaki itu akhirnya diketahui ibu bapa pelajar terbabit selepas kekasih anak perempuannya itu ditemui di dalam rumah mereka selepas memasuki bilik pelajar berkenaan melalui pintu belakang dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu.


Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, selepas ibu bapa gadis berkenaan menemuinya untuk mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling bagi anak perempuan mereka.


Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, pelajar IPT itu dikatakan membawa masuk teman lelakinya ke dalam bilik melalui pintu belakang kerana menyangka perbuatan berkenaan tidak disedari ibu bapanya yang turut berada dalam rumah.

HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

1 comment:

Related

Powered by Blogger.