Banjy gagal permohonan hebeas corpus | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Banjy gagal permohonan hebeas corpus




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan hebeas corpus pelakon Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk mendapatkan perintah bahawa penahanan semulanya di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas oleh polis adalah salah.
[Benjy belum boleh bebas...] Sebelum mahkamah sempat memberikan keputusan, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memberitahu, Benjy, 32, ditahan di bawah Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas yang membolehkan pelakon itu ditahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor selama dua tahun.
Benjy membuat permohonan itu bagi menuntut dibebas dengan segera ekoran dakwaan ditahan secara salah.
Benjy sebelum itu ditahan di bawah Seksyen 3(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952 yang memperuntukkan dia ditahan tidak melebihi 60 hari.
Benjy sedang menghadapi tuduhan memiliki dadah yang didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada 25 Mac lalu, anak lelaki tunggal pelakon Azean Irdawati itu ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin RM2,000 oleh Mahkamah Majistret berhubung kes dadah tersebut. Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh anggota polis sejurus selepas ibunya selesai membayar wang jaminan.

HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.